Selasa, 18 Jun 2013

Tips menghindari trauma kanak-kanak ketika sakit.


Berjumpa dengan orang-orang yang asing bagi mereka seperti doktor akan memberi lebih tekanan.
Persekitaran mereka selama ini hanya orang-orang yang berada dirumah.
Tambahan pula jika anak-anak perlu dirawat dengan rapi hingga terpaksa berpisah dengan ibubapa.Berikut merupakan tips untuk menghindari trauma ketika kanak-kanak perlu berjumpa dengan doktor atau perlu menjalani rawatan.

1.Perkenalkan dengan alat-alat perubatan sejak kecil.Ia akan memberi pengalaman yang positif kerana si manja akan mudah menerima sekiranya terpaksa dibawa ke hospital atau ke klinik untuk menjalani rawatan.

2.berikan tindak balas positif ketika si manja menangis dan berkata "sakit" semasa dilakukan tindakan fizikal seperti disuntik.
Anda perlu memahami dan menenangkan anak anda.



3.Berikan persekitaran yang selesa.Ketika disuntik,tunjukkan reaksi yang tenang dan yakinkan bahawa orang-orang yang disayangi sentiasa berada disisi mereka.Ia akan menjadi lebih efektif jika doktor yang merawatnya sudah dikenali dengan baik.

share jika bermanfaat

2 ulasan: