Sabtu, 31 Ogos 2013

Tingkatan bacaan Al-Quran

Terdapat empat tingkatan atau martabat bacaan Al-Quran iaitu bacaan dari segi cepat atau perlahan:


1. At-Tartil
Bacaan yang perlahan-lahan,tenang dan dan melafazkan setiap huruf daripada makhrajnya yang tepat serta menurut hukum-hukum bacaan tajwid dengan sempurna, dan merenung makna, hukum dan pengajaran daripada ayat. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang sudah mengenal makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid. Tingkatan bacaan ini adalah lebih baik dan lebih diutamakan,berdasarkan firman Allah SWT:

maknanya: Telah kami (Allah) membacanya (Al-Quran) kepadamu (muhammad) secara tartil. Surah Al-Furqan ayat 32.



2. At-Tahqiq
Bacaannya seperti tartil cuma lebih lambat dan perlahan, seperti membetulkan bacaan huruf daripada makhrajnya, menepatkan kadar bacaan mad dan dengung, tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang baru belajar membaca Al-Quran supaya dapat melatih lidah menyebut huruf dan sifat huruf dengan tepat dan betul.



3. Al-Hadar
Bacaan yang cepat serta memelihara hukum-hukum bacaan tajwid. Tingkatan bacaan ini biasanya bagi mereka yang telah menghafal Al-Quran,supaya mereka dapat mengulangi bacaannya dalam masa yang singkat.



4. At-Tadwir
Bacaan yang pertengahan antara tingkatan bacaan tartil dan hadar,serta memelihara hukum-hukum tajwid.



[Rujuk buku Tajwid Al-Quran Rasm 'Uthmani]

Rabu, 28 Ogos 2013

Carilah lelaki yang mampu jadi imam mu

“Abang..hari tu ingat period dah habis. Ayang dah mandi, dah solat. Tapi hari ni keluar balik..kira period balik ke bang? ”
” Maybe kot. Try search kat google..”
” Dah tapi macam tak paham sangatla bang. Erm, Kak Erma cakap dekat masjid belah pagi ada kuliah muslimat, ada ustazah ajar masalah-masalah macam ni..”
“Buat apa..cari je kat youtube. Banyak kuliah-kuliah dalam tu. Lagipun abang sibuk, mana sempat nak hantar nak ambik kat masjid..”
Dan si isteri terus terdiam. 3 tahun perkahwinan, isu yang sama berulang, si suami pula terus menerus memberi alasan.

*****************
Asal kepada seorang wanita adalah pengikut. Ertinya, dia berhajat kepada pemimpin dan pembimbing.
Asal kepada seorang lelaki pula adalah ketua. Ertinya dia merupakan seorang pemimpin dan pembimbing.
Sebab itu dianalogikan suami sebagai imam.
Apa peranan imam dalam solat?
Guide makmum, kan? Apabila selesai dibaca Al-Fatihah, makmum mengaminkan bacaan tersebut. Apabila imam rukuk, makmum ikut rukuk. Apabila imam sujud, makmum ikut sujud.
Bagaimana pula jika imam tersalah rakaat? Atau terlupa dalam bacaan surah?
Makmum menegur. Lelaki bertasbih, perempuan bertepuk. Ada tatacara dan tertibnya.
Analogi ini suatu yang besar jika benar-benar diaplikasikan dalam hidup.
Dalam solat, ada imam dan ada makmum dengan segala tatatertibnya.
Di luar solat, ada ketua dan ada pengikut dengan segala undang-undang dan aturannya.
Begitulah indahnya Islam. Ia datang untuk menjernihkan hidup manusia dan memastikan manusia hidup dalam aturannya yang benar, betul dan tepat.

PERKAHWINAN



Ia bukan perjanjian sehari dua atau sebulan dua. Bukan juga sampai tua.
Ia perjanjian sampai mati.
Justeru, sebelum berkahwin, mesti fahami peranan masing-masing dalam perjalanan panjang tersebut.
Suami terutamanya. Jangan seronok sahaja kerana digelar ketua. Tetapi tidak pula bersedia bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang ketua.
Ada tanggungjawab yang besar Allah bebankan seusai lafaz akad nikahmu.
Jangan hanya seronok tersengih-sengih dan bergambar mesra ( kemudian ditayang sehabis bangga di alam maya ) tetapi bab bersuci pun entah ke mana. Haid dan nifas dianggap sebagai ‘bab orang perempuan’ yang tidak perlu diketahui oleh lelaki.
Sebab itu tidak pelik, ada suami menengking isteri bila disoal tentang itu.
” Awak kan perempuan? Hidup dah bertahun-tahun takkan awak tak pandai-pandai lagi bab tu?! ”
Suami yang bertanggungjawab tidak akan mengungkapkan kata-kata seperti itu. Hakikatnya, ia adalah ungkapan alasan bagi suami yang mahu lari dari tanggungjawab.
Bukankah mengajar isteri fardhu ain itu suatu perkara wajib bagi suami?
Bukankah kalau isteri jahil tentang bab-bab haid, nifas, istihadhah dan sebagainya maka suami yang akan menanggung dosanya?
Bukankah menjadi kewajipan bagi seorang suami menghantar isterinya ke kelas agama jika dia tidak mampu mengajar perkara-perkara tersebut?


MENCARI SEORANG IMAM

Tak kacak tak apa, sebab lelaki memimpin bukan dengan kekacakan.
Tak kaya tak apa, sebab kekayaan bukan asbab hebatnya kepimpinan.
Ada lelaki rupanya tidak kacak, kulitnya gelap tetapi penampilannya kemas dan kefahaman agamanya cukup baik.
Namun ada ramai juga lelaki yang kacak, tetapi rambutnya panjang tidak terurus, pakaiannya selekeh dan tidak langsung menggambarkan ciri-ciri seorang pemuda Islam. Kefahaman agama dianggap perkara remeh.
Saya sebutkan ini kerana saya kira, memilih seorang imam tidak mudah.
Mungkin ramai wanita akan bertanya, bagaimana mahu memastikan dia seorang imam yang baik?
Ada yang merasakan lelaki kaki masjid itu terbaik sebagai imam.
Ada yang merasakan lelaki pandai bertazkirah agama itu terbaik sebagai imam.

Ada juga yang merasakan lelaki ‘berpengajian agama’ itu paling baik sebagai imam.
Saya geleng kepala.
Sungguh. Ia susah kerana sebagai manusia, kita hanya penilai zahiriah sedangkan batiniahnya, hanya Allah yang tahu.
Pun begitu, saya suka mencadangkan.
Sebagai wanita, anda diberi satu tempoh yang istimewa sebelum anda sah bergelar isteri kepada seorang lelaki. Tempoh itu dinamakan tempoh ‘suai-kenal’ atau istilah rasminya , bertunang.
Ramai orang tidak menggunakan tempoh ini sebaik mungkin. Ada yang belum apa-apa, sudah meletakkan ‘sepenuh ketaatan’ kepada si tunang. Ada yang melayan borak siang malam sampailah kepada bertemu di taman dan tengok wayang.
Jangan tiru tabiat-tabiat seperti itu. Bukan sahaja agama mengatakan ia sebagai tidak baik, bahkan akal juga mengatakan demikian.

MANFAATKAN TEMPOH BERTUNANG

Itulah satu-satunya tempoh terbaik untuk anda menguji sejauh mana si lelaki mampu menjadi imam kepada anda nanti.
Menguji itu tidak salah. Gunalah pelbagai method yang ada. Jangan mengintip dia di bilik tidur sudah.
Antara method yang mungkin anda boleh gunakan adalah, method perbincangan.
Jangan lupa, waktu berbincang itu, antara anda dan dia bukan suami isteri. Justeru, tidak ada ‘kewajipan’ sebagai isteri yang perlu anda tunaikan di ketika itu. Demand anda masih tinggi. Anda masih boleh mengatakan ‘tidak’ kepada dia jika tidak kena caranya.
Method berbincang, jika kena caranya, boleh memberi gambaran yang baik adakah si lelaki sudah menepati ciri-ciri seorang imam ataupun tidak.
Malangnya, method perbincangan ini tidak banyak digunakan dengan betul. Antara sebab utamanya adalah, sudah jatuh hati dan berpendapat, tiada jalan untuk berpatah balik melainkan meneruskan perkahwinan, biarpun tersingkap seribu kekurangan.
Tanpa sedar, ia mencacatkan hikmah sebuah pertunangan.

ASALKAN DIA BAIK ?

Biarlah dia tidak pandai agama pun, asalkan dia baik. Dia sayang saya, prihatin dan saya yakin dia mampu membahagiakan saya.
Alhamdulillah, anda telah menemui seorang lelaki yang baik.
Tetapi kita di sini tidaklah bercakap perihal baik atau tidak.
Sama juga dengan soalan skeptik : habis, orang tutup aurat semua baiklah?
Ustaz Azhar Idrus jawab : belum tentu, tapi orang yang baik mestilah akan menutup aurat.
Ini pun serupa. Bukanlah lelaki yang meremehkan soal agama itu tidak baik, tetapi seorang lelaki yang baik pastilah tidak akan meremehkan soal agama.
Dia pastilah seorang lelaki yang benar-benar mempunyai ciri-ciri seorang imam.
Nah, carilah lelaki jenis itu sebagai suami. Lelaki yang mampu menjadi imam, dalam dan luar solatmu.
Lelaki yang bertegas denganmu dalam hal-hal agama, dan berlembut denganmu dalam hal-hal dunia.
Bukankah dirimu mahukan perkahwinan itu sampai ke syurga? Bagaimana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu jalan ke syurga boleh membimbingmu untuk sampai ke sana?
Buatlah pilihan dengan bijak.
Carilah untuk dirimu seorang IMAM, bukan semata-mata seorang jejaka.

“CARILAH”
LELAKI yang MAMPU menjadi IMAM untuk KAMU,
Yang MENITISKAN AIR MATANYA apabila MELIHAT
KESAKITAN KAMU KETIKA MELAHIRKAN ZURIATNYA ,
Dan LELAKI yang MEMBANGUNKAN KAMU untuk BERIBADAT
BERSAMA – SAMA DI SEPERTIGA MALAM .
JIKA PENCARIAN ITU TELAH KAMU TEMUI , JANGAN LUPA
BERSYUKUR KEPADA-NYA . jadilah, PERMAISURI HATINYA , PENEMAN DIKALA SUKA dan DUKA, PENGUBAT RINDU dan LARA.. 


Dipersilakan share

Selasa, 27 Ogos 2013

Tips untuk hindari dari tekanan

1. Biasakan diri dalam keadaaan berwudhu'
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wudhu' sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wudhu' sebelum mengulangkaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah di ingat.

2. Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas sholat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.



3. Banyakkan sholat sunat
Sebagai makhluk paling mulia disisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan sholat sunat hajat, sholat sunat taubat, sholat sunat dhuha, adalah antara pelbagai sholat sunat yang terdapat dalam islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan sholat-sholat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4. Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya pada Allah yang maha esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. In Shaa Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hambaNya yang benar-benar ikhlas. Nanum kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang esa.

5. Bersangka baik kepada Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkanNya jika terjadi sesuatau keatas diri kita. Kita juga mesti peracaya bahawa tentu ada hikmah disebalik kejadian itu.

Jumaat, 16 Ogos 2013

Mahu bahagia?



" Ketahuilah, orang yang jiwanya dibersihkan oleh takwa, fikirannya disucikan oleh iman dan akhlaknya diwarnai dengan kebaikan, pasti akan mendapat cinta Allah dan cinta manusia. "


" Janganlah marah, kerana marah hanya akan merosakkan jiwa. Mengubah budi pekerti, memburukkan pergaulan, menghancurkan kasih sayang dan memutuskan tali persaudaraan. "


" Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu yang meliputi tubuh badan, harta benda, pekerjaan dan keluarga. Nescaya kamu akan menyedari bahawa kamu masih lebih baik daripada ribuan orang lain. "


" Ketahuilah, bahawa kesulitan itu dapat membuka pendengaran dan pengelihatan, menghidupkan hati, mengawal nafsu, mengingatkan hamba kepada Tuhannya, dan dapat menambah pahala. "



" Ketahuilah, bahawa ujian itu akan mendekatkan diri kamu dengan Allah, mengajar kamu berdoa, dan menghilangkan sifat takabur, ujub dan segala kesombongan dari dalam diri kamu. "


" Ingatlah, perkataan yang baik adalah sedekah, mengapah? kerana ia dapat membuka jiwa, mengembirakan hati, menyembuhkan luka, menghilangkan kemarahan dan menebarkan kedamaian. "


" Ketahuilah, perkara yang paling baik di dunia ini adalah kecintaan kepada Allah, perkara yang paling terindah di syurga adalah melihat Allah, kitab yang paling bermanfaat adalah kitab Allah, dan makhluk yang paling berbakti adalah Rasulullah, maka contohilah Bagainda. "


" Ketahuilah, orang yang bahagia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalnya. Orang yang beruntung adalah orang yang banyak hartanya dan banyak pula melakukan kebaikan. Orang yang mendapat keberkatan adalah orang yang bertambah ilmunya lalu semakin bertambah takwanya. "


" Jika dihati kamu keresahan, maka keadaan menjadi gelap kerana sedih. Jika kamu menderita kerana kehilangan keluarga dan harta, maka janganlah kamu putus asa, kerana mungkin setelah semua itu, Allah wujudkan sesuatu yang baru yang lebih baik dari sebelumnya. "
  


" Ketahuilah, bahawa hamba yang bahagia di sisi Allah adalah orang yang banyak melakukan kebaikan dengan tangannya sendiri, yang paling banyak memberikan kepada saudara-saudaranya dan yang paling banyak bersyukur atas semua itu. "

Mutiara Cahaya



Selasa, 13 Ogos 2013

Misi kemanusiaan

Misi kemanusiaan di Kampung Cenderamata, Batu Sapi yang terbakar pada 1 Syawal.

Teman-teman yang ingin menghulurkan bantuan berupa beras 5 kg, pakaian terpakai, makanan harian boleh menghubungi kami. Sehingga kini, bekalan makanan masih belum mencukupi.

Lebih baik hubungi Pengarah untuk misi kemanusiaan ini,
Ust Zainey Roslan. No tel: 01119540892.

Puasa Sunat Enam dulu ke, Puasa Qadha' dulu? (lagi share dari Us. Dr. Hj. Zahazan Mohamed)

Soalan:
Bolehkah digandingkan niat qadhak puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali?
Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali?

Adakah ada hari tertentu untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala ini ?

jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal?

Terima kasih


Jawapan :

Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal.

Berkaitan perkara ini memang merupakan suatu perkara yang khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat.

Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:

Ù…َÙ†ْ صَامَ رَÙ…َضَانَ Ø«ُÙ…َّ Ø£َتْبَعَÙ‡ُ سِتًّا Ù…ِÙ†ْ Ø´َÙˆَّالٍ Ùƒَانَ صَامَ الدَّÙ‡ْر

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seolah-olah dia telah berpuasa setahun". (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, sebagai usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah dia menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama mazhab Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya.

Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar 9/261]

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)

Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan?

Ahad, 11 Ogos 2013

Tips menutup aurat


Menutup aurat adalah perintah allah swt.Anjuran ini hakikatnya turut melibatkan lelaki,namun perintahnya amat kritikal ditekankan kepada wanita memandangkan lebih ramai wanita yang tidak menutup aurat berbanding lelaki.Tambahan pula fitnah wanita itu lebih besar.Dibawa disertakan beberapa kaedah praktikal menjadi muslimah yang perhatin dengan penampilannya dihadapan ajnabi.


1.Tahu.langkah pertama ialah ilmu.Penting bagi muslimah bagi mengetahui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat,siapa mahram dan siapa ajnabi,hukum hakam berkenaan aurat dan sebagainya.


2.Sedar.bahawa tuntutan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan sesempurna mungkin.Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh.Soal halal haram adalah perkara besar.


3.Syiar.setiap agama ada imejnya.Imej wanita muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.


4.Fungsi cermin.sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin,tanyalah cermin “ wahai cermin adakah hari aku berpakaian menutup aurat?” .Jawapannya perlu dijawab berdasarkan ciri-ciri pakaian patuh syariah.


5.Asingkan.pakaian kepada dua kriteria sesuai atau tidak sesuai dipakai dihadapan ajnabi.Pakaian yang seksi misalnya,masih boleh dipakai tetapi hanya apabila bersendiran didalam bilik atau dihadapan suami.


6.Malu.wanita yang tidak biasa mendedahkan aurat dihadapan lelaki ajnabi akan berasa malu,takut,gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.


7.Bersahabat dengan wanita yang solehah boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan kepada penampilan yang patuh kepada syariah.


8.Ekskulusif.semua wanita itu cantik.Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki.Namun kecantikan dan keindahan tersebut allah kurniakan sebagai milik ekslusif wanita itu dan suaminya sahaja.Oleh sebab itu,usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum secara percuma,jika suami pun perlu membayar mahar untuk memilikinya.


9.Banyak manfaat.wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan lebih yakin dan selamat.Mereka tidak perlu risaukan mata liar memandang,tidak perlu ambil kisah gaya rambut,tidak perlu berhabis duit untuk eksesori itu dan ini.


Semoga artikel ini memberi manfaat untuk diri anda  dan juga saya sendiri.