Khamis, 27 Jun 2013

ESOK masih ada

Para pembaca yang dirahmati Allah. Sesungguhnya kekecewaan semalam tidak ada kaitan dengan hari ini. Kita sekadar mengambil yang positif saja dan tinggalkan yang negatif. Mengimpikan sesuatu yang indah,sememangnya menjadi naluri manusia biasa. Semua orang berkeinginan untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup.


Biasalah tu,impikan seseorang orang,biasanya diepengaruhi oleh naluri dalaman.
 Keinginan secara berterusan akhirnya mampu memotivasikan diri sendiri. Cuma dari aspek faktor penggerak,itu yang membezakan seseorang. Ada yang menjadikan kegagalan sebagai pencetus untuk terus berjuang. Ada yang menjadikan kejayaan orang lain sebagai idolanya,seterusnya menjadikan dirinya lebih gigih lagi.
 Begitu juga,tidak kurang yang menjadikan setiap kejayaan nya sebagai rangsangan untuk meraih lagi kejayaan yang lebih besar. Apa pun,biarlah betul apabila membuat sesuatu perkara pada kali pertama.
 Buatlah secara bersungguh-sungguh dan betul,ada impaknya. Kuatkan semangat anda,anda yang menjadi penentu kepada kejayaan anda sendiri. Sentiasalah menggerakkan kekuatan minda anda,fikirkan yang posifif sahaja.

 Harapan saya agar anda tidak mudah putus asa dalam hidup ini. Apa pun,kehidupan ini mesti diteruskan juga. Kalau bukan untuk diri kita,tetapi sekurang-kurangnya untuk orang yang kita sayangi. Tetapi kalau tanya saya,adalah lebih baik anda belajar menyayangi diri sendiri dulu,kemudian baru lah orang lain. Pendek kata uruskan keperluan anda dulu sebelum memenihi keperluan orang lain.


BERJIWA BESAR
 Anda perlu hidup,sebelum menghidupkan orang lain. Barulah hidup ini ada makna,ada kelangsungannya. Milikilah jiwa besar. Berjiwa besar,bermakna anda perlu mempunyai cita-cita besar.
 Kita perlu mempunyai wawasan atau cita-cita dalam hidup ini. Orang yang idak mempunyai cita-cita,jiwanya lemah. Orang yang jiwanya lemah,sering ketinggalan dan dipingirkan. Bukan dunia yang meminggirinya tetapi dia terasa diasingkan.
 Akhirnya apabila keadaan telah menjadi lebih parah maka kehidupan ini seolah olah sudah tidak ada makna lagi bagi dirinya. Sedangkan orang yang hendak mati pun,mempunyai cita-cita agar diberi peluang untuk terus hidup buat seketika lagi. Selagi kita ada hayat,maka selagi itulah kita masih lagi berpeluang untuk memperbaiki keadaan hidup kita. Sesungguhnya memiliki jiwa besar,bukan bermakna kita perlu sombong. Hendak sombong dengan siapa? tidak perlu cakap besar.

 Hidup ini adalah perjuangan,setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan pula memerlukan kekuatan. Kekuatan perlu dipupuk dan dibajai selalu. Oleh itu,apabila setiap kali kita jatuh dalam hidup ini,kita mesti terus bangun. Bergerak bererti masih hidup,kalau hidup mesti teruskan perjuangan ini.
 Hanya mayat sahaja yang tidak bergerak-gerak. Selagi hidup,mesti ada matlamat.


 Orang yang bermatlamat dan mempunyai keyakinan untuk terus berjuang,orang inilah yang bakal berjaya. Maknanya kejayaan semakin hampir pada diri orang tersebut. Jadi banyakkan usaha sebagai ikhtiar dan berdoa agar Allah SWT memberikan kurnia nikmatNya yang penuh berkat buka nikmat yang menyesatkan dan melupakan kita terhadapNya. Jangan berputus asa atas rahmat Allah,kerana orang yang berputus asa atas rahmatNya akan menerima kemurkaan Allah dan bakal memperoleh azab yang pedih.


KEMEWAHAN
Yang penting dalam kehidupan ini adalah  keberkatan hidup bukan kemewahan duniawi yang hanya bersifat sementara,kemungkinan akan melalaikan dan melupakan kita. Semua takdir Allah yang telah tertulis di Luh-Mahfuz itu boleh dihapusan oleh Allah jika ia menghendaki atau pun Allah tetapkan sahaja sesuai dengan kehendakNya. Percayalah,yang dapat merubah takdir yang tertulis di Luh-Mahfuz itu adalah dengan cara berdoa dan melalukan perbuatan baik. Rasulullah SAW bersabda: " Tiada yang boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan baik" ( Riwayat Tirmizi)

 Para pembaca yang beriman. Jangan jadikan setiap kekuasahan dan kegagalan semasa hidup didunia sebagai ukuran dan kemudian dengan cepat membuat kesimpulan bahawa takdir kita tidak baik dan sebagainya. Allah SWT menyuruh hambanya berusaha dan berkerja dan akan memberikan sesuatu itu sesuai dengan ketentuanNya.
 Maka sebagai seorang hamba kita harus menerima segala yang telah ditentukan oleh Allah. Mungkin itulah yang terbaik untuk kita yang kita sendiri tidak mengetahuinya. Sesungguhnya,esok masih ada. Mentari masih lagi memberikan sinarannya. Rebutlah dan penuhilah segala impian anda. Yakinlah,Allah akan sentiasa bersama-sama orang yang benar. Semoga anda semua tabah dan berbahagia bersama seisi keluarga tercinta.

Wassalam :)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan