Isnin, 24 Jun 2013

Manis Menjadi GADIS


Alangkah manisnya seorang gadis dengan nilai kegadisannya masih ada berada disitu. Tidak kah anda melihat betapa berharganya kegadisan itu terpelihara?
Ya,ia sangat berharga maka perlulah anda pelihara sebagaimana memelihara sebuah nyawa.

Kadang-kadang apabila seorang gadis digilai oleh terlalu ramai lelaki,ia satu petaka yang mengintai. Setiap lelaki punya imaginasi yang pelbagai. Perlu faham bagaimana orang lelaki berfikir,perlu membaca gerak-geri dan perilakunya. Perlu bijak meramal apakah kejujuran barada di anak matanya atau kah tanduk berbelang berada di kepalanya.

Kegadisan adalah aset. Maka,apabila ia bernama aset ia perlu dijaga dan dipelihara.
Seorang gadis kekal anggun selama mana kegadisan itu tidak diragut sama ada secara rela mahupun paksa. Apa lagi yang lebih mulia dan membanggakan selain kegadisan tatkala anda memang bergelar gadis.

Apakah anda bangga menyerahkan kegadisan pada seseorang yang tiada hak?
zaman gadis adalah masa terindah seorang wanita. Disini waktu memilih. Disini untuk melihat dan membina kecermelangan.
Tatkala telah dewasa tidak akan kembali zaman muda. Semuanya jadi kenangan sama ada yang membuatkan anda tertawa atau pun menangis.


Diminati dan digilai oleh kecantikan bukanlah selalunya indah,sebab tatkala sudah tidak cantik trauma yang terpaksa yang ditanggung kadang-kadang lebih menyakitkan. Tatkala cantik dan digilai bersyukurlah banyak-banyak dan mohon agar apabila sampai saat tidak cantik,ia tidaklah terlalu buruk dan menakutkan.

Dicintai oleh ramai lelaki itu menyulitkan. Seorang gadis di sebuah kampung pada suatu hari terjatuh dari basikal yang ditunggangnya akibat diganggu oleh sekumpulan lelaki. Kemalangan itu menyebabkan giginya patah. Itulah harga sebuah kecantikan yang dimilkinya dan terpaksa ditanggungnya.
Ingat,semuanya akan sampai ke penghujung. Apa pun yang diusahakan didunia ini akan sampai ke titik akhir. Keghairahan digilai itu memang seronok dilalui,tapi kenang-kenang juga saatnya nanti dimana apabila orang terpandangkan kita mereka melihat dengan tajam seolah-olah hati berkata "tak silap,inilah dia..."
Bila terlau banyak gurisan dihati ia tak lagi menjadi corak yang indah,yang merah berdarah tapi ia akan jadi hiasan yang menyakitan abstrak yang kucar-kacir.

Wahai gadis,tatkala anda tidak tertahan menanggung beban,ingat. Ada sesuatu yang difikirkan ,perlu diputuskan,perlu berakhir,perlu merelakan kerana yang tak terduga,tak diingini sering kali melepasi jangkauan dan matlamat,kerana hakikat selalu tak seiring kemahuan biar teramat sayang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan