Khamis, 27 Jun 2013

ESOK masih ada

Para pembaca yang dirahmati Allah. Sesungguhnya kekecewaan semalam tidak ada kaitan dengan hari ini. Kita sekadar mengambil yang positif saja dan tinggalkan yang negatif. Mengimpikan sesuatu yang indah,sememangnya menjadi naluri manusia biasa. Semua orang berkeinginan untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup.


Biasalah tu,impikan seseorang orang,biasanya diepengaruhi oleh naluri dalaman.
 Keinginan secara berterusan akhirnya mampu memotivasikan diri sendiri. Cuma dari aspek faktor penggerak,itu yang membezakan seseorang. Ada yang menjadikan kegagalan sebagai pencetus untuk terus berjuang. Ada yang menjadikan kejayaan orang lain sebagai idolanya,seterusnya menjadikan dirinya lebih gigih lagi.
 Begitu juga,tidak kurang yang menjadikan setiap kejayaan nya sebagai rangsangan untuk meraih lagi kejayaan yang lebih besar. Apa pun,biarlah betul apabila membuat sesuatu perkara pada kali pertama.
 Buatlah secara bersungguh-sungguh dan betul,ada impaknya. Kuatkan semangat anda,anda yang menjadi penentu kepada kejayaan anda sendiri. Sentiasalah menggerakkan kekuatan minda anda,fikirkan yang posifif sahaja.

 Harapan saya agar anda tidak mudah putus asa dalam hidup ini. Apa pun,kehidupan ini mesti diteruskan juga. Kalau bukan untuk diri kita,tetapi sekurang-kurangnya untuk orang yang kita sayangi. Tetapi kalau tanya saya,adalah lebih baik anda belajar menyayangi diri sendiri dulu,kemudian baru lah orang lain. Pendek kata uruskan keperluan anda dulu sebelum memenihi keperluan orang lain.


BERJIWA BESAR
 Anda perlu hidup,sebelum menghidupkan orang lain. Barulah hidup ini ada makna,ada kelangsungannya. Milikilah jiwa besar. Berjiwa besar,bermakna anda perlu mempunyai cita-cita besar.
 Kita perlu mempunyai wawasan atau cita-cita dalam hidup ini. Orang yang idak mempunyai cita-cita,jiwanya lemah. Orang yang jiwanya lemah,sering ketinggalan dan dipingirkan. Bukan dunia yang meminggirinya tetapi dia terasa diasingkan.
 Akhirnya apabila keadaan telah menjadi lebih parah maka kehidupan ini seolah olah sudah tidak ada makna lagi bagi dirinya. Sedangkan orang yang hendak mati pun,mempunyai cita-cita agar diberi peluang untuk terus hidup buat seketika lagi. Selagi kita ada hayat,maka selagi itulah kita masih lagi berpeluang untuk memperbaiki keadaan hidup kita. Sesungguhnya memiliki jiwa besar,bukan bermakna kita perlu sombong. Hendak sombong dengan siapa? tidak perlu cakap besar.

 Hidup ini adalah perjuangan,setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Pengorbanan pula memerlukan kekuatan. Kekuatan perlu dipupuk dan dibajai selalu. Oleh itu,apabila setiap kali kita jatuh dalam hidup ini,kita mesti terus bangun. Bergerak bererti masih hidup,kalau hidup mesti teruskan perjuangan ini.
 Hanya mayat sahaja yang tidak bergerak-gerak. Selagi hidup,mesti ada matlamat.

Rabu, 26 Jun 2013

Mutiara kata Keluarga Bahagia



Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain. Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera.
Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Seorang yang bekerja keras untuk menunaikan tanggung jawab kepada keluarganya adalah bukti kasihnya kepada keluarganya.
Tingginya darjat suami ditentukan oleh perjuangannya menjadi pemimpin rumah tangga, sehingga dituntut menjadi teladan yang baik bagi keluarga yang dipimpinnya.

Selasa, 25 Jun 2013

Allah Menguji Kita

" Ujian datang silih berganti.Ia merupakan warna kehidupan setiap insan.Laluilah ia dengan sabar agar kualiti iman kita meningkat.Kerana ujian itu untuk mematangkan keimanan kita." (wasiat imam al-ghazali)

RAMAI YANG KECUNDANG

Kehidupan umat islam di alam ciptaan allah swt ini tidak terkecuali daripada berhadapan dengan ujian dan cabaran.

Allah sentiasa menguji manusia dengan pelbagai ujian,apatah lagi orang beriman dan kuat beribadah.Ujian allah bertujuan menilai sejauh manakah tahap kesabaran manusia,sama ada mereka bersabar atau sebaliknya.

Isnin, 24 Jun 2013

Manis Menjadi GADIS


Alangkah manisnya seorang gadis dengan nilai kegadisannya masih ada berada disitu. Tidak kah anda melihat betapa berharganya kegadisan itu terpelihara?
Ya,ia sangat berharga maka perlulah anda pelihara sebagaimana memelihara sebuah nyawa.

Kadang-kadang apabila seorang gadis digilai oleh terlalu ramai lelaki,ia satu petaka yang mengintai. Setiap lelaki punya imaginasi yang pelbagai. Perlu faham bagaimana orang lelaki berfikir,perlu membaca gerak-geri dan perilakunya. Perlu bijak meramal apakah kejujuran barada di anak matanya atau kah tanduk berbelang berada di kepalanya.

Kegadisan adalah aset. Maka,apabila ia bernama aset ia perlu dijaga dan dipelihara.
Seorang gadis kekal anggun selama mana kegadisan itu tidak diragut sama ada secara rela mahupun paksa. Apa lagi yang lebih mulia dan membanggakan selain kegadisan tatkala anda memang bergelar gadis.

Apakah anda bangga menyerahkan kegadisan pada seseorang yang tiada hak?
zaman gadis adalah masa terindah seorang wanita. Disini waktu memilih. Disini untuk melihat dan membina kecermelangan.
Tatkala telah dewasa tidak akan kembali zaman muda. Semuanya jadi kenangan sama ada yang membuatkan anda tertawa atau pun menangis.

Jumaat, 21 Jun 2013

Siapa kita dulu?

Setiap manusia ada kisah lampau masing-masing. Ada yang baik dan ada juga yang kurang baik atau selalu orang panggil 'zaman gelap'. Tetapi! yang berlalu biarkan berlalu. Yang dulu tak tak semestinya akan terus menjadi dulu. Kita masih mampu melakukan perubahan, biar dosa menggunung bak gunung kinabalu yang penting kita berusaha untuk UBAH kerana Allah itu Maha Pengampun. Siapa kita dulu tak penting, yang penting siapa kita di masa depan! so, bermula dari sekarang kita perlu mencorak kehidupan kita agar ianya berada diatas landasan yang betul, jalan yang Allah redhai dan rahmati. Setiap manusia mampu berubah! dulunya nakal tak semestinya akan terus nakal.

Selasa, 18 Jun 2013

La tahzan

Allah tahu hatimu perit menahan luka, Allah mendengar doa dan tangismu meminta. Bukan tidak mempedulikan, tapi merancang yang terbaik untuk kalian ..

Tiga Jenis Kawan

1. yang seperti makanan, setiap masa diperlukan dan selamanya bermanfaat serta menguntungkan. 2. yang bagaikan ubat, ada masa-masa sahaja kita perlukan. 3. yang sama dengan penyakit, semoga Allah menghindari kita darinya.

Tips menghindari trauma kanak-kanak ketika sakit.


Berjumpa dengan orang-orang yang asing bagi mereka seperti doktor akan memberi lebih tekanan.
Persekitaran mereka selama ini hanya orang-orang yang berada dirumah.
Tambahan pula jika anak-anak perlu dirawat dengan rapi hingga terpaksa berpisah dengan ibubapa.Berikut merupakan tips untuk menghindari trauma ketika kanak-kanak perlu berjumpa dengan doktor atau perlu menjalani rawatan.

1.Perkenalkan dengan alat-alat perubatan sejak kecil.Ia akan memberi pengalaman yang positif kerana si manja akan mudah menerima sekiranya terpaksa dibawa ke hospital atau ke klinik untuk menjalani rawatan.

2.berikan tindak balas positif ketika si manja menangis dan berkata "sakit" semasa dilakukan tindakan fizikal seperti disuntik.
Anda perlu memahami dan menenangkan anak anda.