Sabtu, 3 Mei 2014

Puisi: Nikmat Cinta



                                                          Kampung Inderasabah Tawau




Cinta Allah... Ia adalah kehidupan, siapa yang menghilangkannya maka ia termasuk orang yang mati.


Cinta Allah adalah ubat, siapa yang tidak menelannya maka hatinya akan tertimpah dengan beragam penyakit.


Cinta Allah adalah kenikmatan yang luar biasa, siapa yang tidak memperolehinya maka seluruh kehidupannya adalah kegelisahan dan derita...


Cinta Allah adalah ruhnya IMAN...
Cinta Allah adalah ruhnya AMAL...
Cinta Allah adalah ruhnya Perilaku (Akhlak yang baik)...


Ketika kita terlepas dari cintaNYA, maka seperti jasad kita tanpa jiwa dan nyawa...



Petikan dari ikimfm| Usrati| Nikmat Cinta| Ustazah Norhafizah Musa

Sabtu, 8 Februari 2014

Apa Itu Aurat?

Bismillah.... Allahumma solli 'ala Muhammad

Assalamualaikum w.b.t , Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan kepada kini sehingga hari ini... Semoga kita sentiasa berada dalam kalangan hamba-hambaNYA yang sentiasa bersyukur.

" Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.
- Imam Hassan Al- Basri

 Bercerita tentang aurat.. Apa itu aurat?

Jom tengok video ini sebentar :)


                                       


Alhamdulillah. Tahniah saya ucapkan kepada saudara Alif Firdaus Azis. Terima kasih dapat buat video ini, penerangan yang sangat baik. :)  


"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka atau saudara-saudara laki-laki mereka atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam atau budak yang mereka miliki atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak
mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. 
-SURAH AN-NUR : 31

Ahad, 3 November 2013

Transformasi Hijrah



Bismillahirrahmanirrahim
Assalmualaikum wbt. Salam mahabbah dan salam hijrah. Kita sudah berada di penghujung tahun 1434H. Bakal memasuki tahun baru islam 1435H. Walaupun Baginda Nabi s.a.w. telah berhijrah 1400 tahun lalu, namun semangat penghijraan Baginda dapat dirasai sehingga ke hari ini. Hijrahnya Baginda dari negeri kuffar ke negeri islam, dari mekkah ke madinah.
Begitulah juga yang kita inginkan, mudah-mudahan kita sama-sama berhijrah kepada cara hidup yang lebih sempurna dengan mengamalkan islam yang syumul dalam semua aspek kehidupan kita.. Berhujung tahun dengan kebaikkan dan berawal tahun dengan iman. In Shaa Allah :)


Sebelum aku berhijrah

Sewaktu saya jahiliyyah dulu, saya sangat jahil tentang ilmu agama, dan saya juga tidak mengetahui perintah dan laranganNya. Juga tidak mengetahui cara pemakaian menutup aurat dengan sempurna.. Saya mengakui sewaktu saya jahiliyyah dahulu saya mengenakan pemakaian yang tak menutup aurat dengan sempurna. Sampai suatu detik saya berkata kepada diri sendiri

" Memang saya nampak cantik dimata manusia, tetapi saya tidak cantik dimata Allah swt. "
 Hati seperti rumah yang tiada penghuninya. Sunyi sepi rasanya...



Jangan malu menuntut ilmu

Dalam hati berkata " sampai bila aku akan jadi begini?. Aku juga mahu menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya."

Pertama kali saya memasuki kelas pengajian AlQuran dan ulum syariah, sebenarnya saya terlambat masuk kelas dalam 2-3 minit macam tu. Saya masuk sahaja saya dapati semua pelajar budak-budak belaka. Saya seorang sahaja pelajar yang besar yang tinggi disitu. saya duduk dibelakang, budak-budak yang duduk didepan menoleh ke arah saya. Saya terus senyum dan terdiam seribu bahasa. Tidak terdetik pun malu mahu belajar dihati saya. 

Saya juga pernah mendengar orang kata. " Saya tak mahu belajar, saya dah tua dan saya sangat malu. Apa kata orang nanti? eh dah tua-tua mahu belajar lagi."

Jika kita terus menerus malu untuk menuntut ilmu ketahuilah. " Tidak ada laut yang luas, lurah yang dalam, bukit yang tinggi, dan jalan yang susah bagi orang yang mahu. Hanya orang yang malas dan putus asa juga yang selalu tinggal dibelakang."

Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda:
"Menuntut ilmu adalah wajib keatas tiap-tiap muslim lelaki dan perempuan"

Nah! tidak ada petua yang lebih baik apabila kita mahu perubahan selain daripada kita sendiri yang mengubahnya. Sekiranya kita mahu berjaya dunia dan akhirat kita mesti menjayakan diri kita sendiri. Bukan orang lain. Jadi belajar-belajar dan terus belajar!. Jangan malu untuk menuntut ilmu walaupun kita dah tua ya!

Transformasikan dirimu.

Apabila berdosa. Hati terasa bersalah.. Syukurlah itu hakikatnya satu hidayah. Itu jemputan Allah untuk segera bertaubat!.

Berhijrahlah..
Dari kegelapan menuju jalan yang terang.
Dari kejahatan kepada kebaikkan.
Dari kesesatan kepada jalan yang lurus.

Sebelum
Dari kehidupan kepada kematian.
Dari alam dunia ke alam kubur dan akhirat..

" ...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka..." (maksud surah Ar-Ra'd ayat 11)

Tujuan pendidikan yang paling tinggi bukanlah pengetahuannya melainkan tingkah-lalu atau perbuatannya, ertinya pelaksanaan terhadap ilmu pengetahuan yang dipelajari... Alhamdulillah Syukur kepada Allah swt. Setelah belajar dan Saya berhijrah kearah yang lebih baik daripada sebelumya. Sewaktu saya berumur 14 tahun, saya memakai tudung labuh pemakaian menutup aurat. Mengerjakan perintah dan meninggalkan laranganNya.

Walaupun ada juga orang yang berkata kepada saya.

 "Eh awak ni pakai tudung labuh pemakaian menutup aurat, awak tu ustazah kah?"

"Tak nampaklah kecantikan awak kalau dah pakai macam ni, macam orang tua je" 

Ala orang yang bertudung labuh tak semestinya dia baik"

Jawapan saya: " Allah sayangkan kita :)
Allah swt berfirman yang bermaksud:  Wahai nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukimn, " Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka " Yang demikain itu mereka lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan Allah maha pengampun maha penyayang. (Surah Al-Ahzab ayat 59)

Percayalah lelaki yang baik, mahukan wanita yang baik juga. Dia tak suka  Perhiasan isterinya itu kelihatan oleh semua orang. 

Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah kurniakan milik ekslusif wanita itu dan suaminya sahaja. Oleh sebab itu usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum.

Wanita yang berhijab tak semestinya akhlaknya baik. Tapi yang berakhlak baik akan semestinya berhijab.

Ya saya memang bukan ustazah, In Shaa Allah akan kearah itu. Doakan saya :) "

Nak berubah jangan tunggu lama-lama, nak berubah terus pecut macam lari 100 meter, ingat... Allah tidak akan ubah nasib kita kalau kita tak tolong diri kita sendiri. Sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan potensi diri, berfikir untuk memajukan diri, disamping berusaha untuk berbakti kepada Agama, keluarga, bangsa dan negara!..


Transformasikan dirimu...
Inginkan perubahan perlunya keazaman, ilmu, kesabaran, mujahadah, ikhlas semata-mata kerana Allah swt, bukan mengharapkan penghargaan manusia. Dan yang paling penting sekali pendirian yang tetap (Istiqomah)
Jangan panas-panas tahi ayam sahaja. Sebaik-baik amalan adalah berterusan meskipun dibuat sedikit-sedikit.


Hayati lirik lagu ini.
Satu muharam detik permulaan,

perpindahan tahun islam hijrah,

perpindahan nabi dan umat islam dari kota mekkah ke kota madinah,

atas keyakinan dan iman yang teguh, kaum muhajirin dan ansor bersatu,

rela berkorban, harta dan nyawa, atas menegakkan islam tercinta...

Hijrah itu pengorbanan! Hijrah itu perjuangan! Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan!

Oleh itu mari semua kita sambut ma'al-Hijrah,

tingkatkan semangat tegakkan syiar islam untuk sepanjang zaman...


In Shaa Allah.. Sama-sama kita berhijrah kearah yang lebih baik lagi.













Rabu, 23 Oktober 2013

Borong tudung akel


KELUARAN TURKEY
-----> TON WARNA YANG SANGAT MENARIK
-----> IN SHAA ALLAH PATUH SYARIAH
-----> SELESA DIPAKAI
 
TUDUNG AKEL 3TONE BIDANG 60"
RETAIL
RM27 EXC POS
POS RM6 SM/RM 10 SS
BORONG:
RM400 1KODI (20pcs)
FREE POS.

BERMINAT SMS/WHATSAPP 019-8920663 (Cik Nurul)

Jumaat, 18 Oktober 2013

Masa itu pedang, jangan sampai terluka

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari ini saya nak share sedikit berkaitan tentang masa. Daripada Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof.

Petua arab lama
Masa itu pedang, jika saudara tidak memotong, saudara akan dipotong.' Ini adalah pepatah yang terkenal dikalangan bangsa arab. Adakah saudara faham apa yang diperkatakan oleh pepatah ini?

Pepatah ini sebenarnya menggambarkan suasana di sebuah medan peperangan. Tentera-tentera bertempur dengan pedang yang terhunus ditangan, mereka membunuh musuh bagi mencapai dalam peperangan. Sekiranya saudara berdiri di tengah-tengah medan pertempuran ini dengan sebilah pedang, apa yang akan saudara lakukan?

Apa yang saudara dapat adalah dengan turut sama dalam pertempuran. Saudara juga mesti mengunakan pedang itu bagi menentang musuh-musuh yang ada. Sekiranya saudara tidak mengunakan pedang itu, apakah yang berlaku? Ya, saudara akan menerima kesusahan yang besar apabila saudara berdiam diri sahaja.

Rabu, 2 Oktober 2013

Syukur



Ramai dikalangan kita apabila ada sesuatu yang diinginkan tercapai, bersyukur sekadar mengucapkan ' Syukur Alhamdulillah ' .
Syukur ialah melahirkan rasa terima kasih diatas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah yang maha pemurah kepada kita. Tidak boleh dikatakan bersyukur kepada Allah sekiranya tidak terkumpul tiga perkara sebagai berikut ;

1.       Mengakui kenikmatan secara batiniah

2.       Mengucapkan melalui lisan

3.       Menguna segala nikmat untuk meningkatkan pengabdian kepada Allah. Boleh kita simpulkan disini bahawa syukur adalah gabungan diantara perilaku hati, lisan dan angota tubuh. Hati berperanan untuk mewujudkan makrifat dan mahabbah. Lisan sebagai pencetus pujian dan sanjungan di samping angota tubuh berfungsi sebagai tenaga pelaksana ekoran rasa syukur wujud didalam hati dengan mematuhi segala perintah dan menjauhi larangan serta maksiat.


Syukur kepada Allah berkait rapat dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya. Nah! Menjadi kewajipan kita sebagai seorang hamba yang banyak menerima nikmat-nikmat dari Allah untuk bersyukur serta melahirkan rasa terima kasih kepadaNya.
Allah swt berfirman;

" Sesungguhnya jika kamu bersyukur sudah pasti kami akan tambah (nikmat) kepadamu. Dan jika kamu menginkari (nikmatku) maka sesungguhnya azab ku amat pedih"
( Surah Ibrahim. Ayat 7 )


Wallahu a'lam...