Jumaat, 16 Ogos 2013

Mahu bahagia?



" Ketahuilah, orang yang jiwanya dibersihkan oleh takwa, fikirannya disucikan oleh iman dan akhlaknya diwarnai dengan kebaikan, pasti akan mendapat cinta Allah dan cinta manusia. "


" Janganlah marah, kerana marah hanya akan merosakkan jiwa. Mengubah budi pekerti, memburukkan pergaulan, menghancurkan kasih sayang dan memutuskan tali persaudaraan. "


" Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu yang meliputi tubuh badan, harta benda, pekerjaan dan keluarga. Nescaya kamu akan menyedari bahawa kamu masih lebih baik daripada ribuan orang lain. "


" Ketahuilah, bahawa kesulitan itu dapat membuka pendengaran dan pengelihatan, menghidupkan hati, mengawal nafsu, mengingatkan hamba kepada Tuhannya, dan dapat menambah pahala. "



" Ketahuilah, bahawa ujian itu akan mendekatkan diri kamu dengan Allah, mengajar kamu berdoa, dan menghilangkan sifat takabur, ujub dan segala kesombongan dari dalam diri kamu. "


" Ingatlah, perkataan yang baik adalah sedekah, mengapah? kerana ia dapat membuka jiwa, mengembirakan hati, menyembuhkan luka, menghilangkan kemarahan dan menebarkan kedamaian. "


" Ketahuilah, perkara yang paling baik di dunia ini adalah kecintaan kepada Allah, perkara yang paling terindah di syurga adalah melihat Allah, kitab yang paling bermanfaat adalah kitab Allah, dan makhluk yang paling berbakti adalah Rasulullah, maka contohilah Bagainda. "


" Ketahuilah, orang yang bahagia adalah orang yang panjang umurnya dan baik amalnya. Orang yang beruntung adalah orang yang banyak hartanya dan banyak pula melakukan kebaikan. Orang yang mendapat keberkatan adalah orang yang bertambah ilmunya lalu semakin bertambah takwanya. "


" Jika dihati kamu keresahan, maka keadaan menjadi gelap kerana sedih. Jika kamu menderita kerana kehilangan keluarga dan harta, maka janganlah kamu putus asa, kerana mungkin setelah semua itu, Allah wujudkan sesuatu yang baru yang lebih baik dari sebelumnya. "
  


" Ketahuilah, bahawa hamba yang bahagia di sisi Allah adalah orang yang banyak melakukan kebaikan dengan tangannya sendiri, yang paling banyak memberikan kepada saudara-saudaranya dan yang paling banyak bersyukur atas semua itu. "

Mutiara Cahaya



Tiada ulasan:

Catat Ulasan