1. Biasakan diri dalam keadaaan berwudhu'
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil
wudhu' sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang
dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar
membiasakan diri mengambil wudhu' sebelum mengulangkaji pelajaran agar
apa yang dibaca akan mudah di ingat.
2. Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas sholat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3. Banyakkan sholat sunat
Sebagai makhluk paling mulia disisi Allah, kita disuruh membanyakkan
amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan sholat sunat
hajat, sholat sunat taubat, sholat sunat dhuha, adalah antara pelbagai
sholat sunat yang terdapat dalam islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan sholat-sholat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.
4. Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya pada Allah yang maha esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam
jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu subuh, malam hari raya, ketika
waktu azan dan iqamah. In Shaa Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap
hambaNya yang benar-benar ikhlas. Nanum kita perlulah sedar bahawa
sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang
bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu
di samping berdoa hanya kepada Allah yang esa.
5. Bersangka baik kepada Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan
dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang
berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu,
kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkanNya
jika terjadi sesuatau keatas diri kita. Kita juga mesti peracaya bahawa
tentu ada hikmah disebalik kejadian itu.
Perubahan dan Kemajuan
BalasPadamBukanlah setiap perubahan itu kemajuan, tetapi setiap kemajuan bermula dengan perubahan.