Jumaat, 18 Oktober 2013

Masa itu pedang, jangan sampai terluka

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari ini saya nak share sedikit berkaitan tentang masa. Daripada Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof.

Petua arab lama
Masa itu pedang, jika saudara tidak memotong, saudara akan dipotong.' Ini adalah pepatah yang terkenal dikalangan bangsa arab. Adakah saudara faham apa yang diperkatakan oleh pepatah ini?

Pepatah ini sebenarnya menggambarkan suasana di sebuah medan peperangan. Tentera-tentera bertempur dengan pedang yang terhunus ditangan, mereka membunuh musuh bagi mencapai dalam peperangan. Sekiranya saudara berdiri di tengah-tengah medan pertempuran ini dengan sebilah pedang, apa yang akan saudara lakukan?

Apa yang saudara dapat adalah dengan turut sama dalam pertempuran. Saudara juga mesti mengunakan pedang itu bagi menentang musuh-musuh yang ada. Sekiranya saudara tidak mengunakan pedang itu, apakah yang berlaku? Ya, saudara akan menerima kesusahan yang besar apabila saudara berdiam diri sahaja.


Begitu juga dengan masa. Bangsa Arab menggambarkan betapa 'tajam' nya masa sehingga dapat merosakan saudara mungkin. Oleh itu, gunakanlah masa yang saudara miliki bagi 'memotong'. Jangan biarkan ia berlalu dan 'memotong' saudara pula ye. Nah! bertempurlah sekarang!

Masa tidak pernah rehat
 Masa sentiasa bergerak dan berlalu. Ia tidak pernah rehat dan berhenti. Masa tidak pernah kenal ataupun penat. Yang rehat, cuti dan penat adalah manusia. Kerana manasia tidak seperti masa. Oleh itu, beringatlah, setiap kali saudara leka dan lalai, masa sering kali 'memerhatikan' saudara kerana ia tidak pernah lalai. Jadi berhati-hatilah supaya saudara tidak di'kalah'kan oleh masa ye.

Tuhan juga bersumpah dengan nama masa di dalam AlQuran pada surah al-'Asr. Pada surah itu, Tuhan menyebutkan satu prinsip yang paling asas dengan penggunaan masa iaitu setiap orang berada dalam kerugian, kecuali mereka yang melakukan empat perkara di bawah:
  •  Beriman dan mempunyai keyakinan yang teguh.
  • Melakukan amalan yang baik
  • Berpesan-pesan atas kebenaran
  • Berpesan atas kesabaran
Hayati madah ini;
" Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan bercita-cita untuk mendapat keredaan Allah tanpa beramal."
Sama renung, sama fikir :-) 
Share jika bermanfaat.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan