Rabu, 2 Oktober 2013

Syukur



Ramai dikalangan kita apabila ada sesuatu yang diinginkan tercapai, bersyukur sekadar mengucapkan ' Syukur Alhamdulillah ' .
Syukur ialah melahirkan rasa terima kasih diatas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah yang maha pemurah kepada kita. Tidak boleh dikatakan bersyukur kepada Allah sekiranya tidak terkumpul tiga perkara sebagai berikut ;

1.       Mengakui kenikmatan secara batiniah

2.       Mengucapkan melalui lisan

3.       Menguna segala nikmat untuk meningkatkan pengabdian kepada Allah. Boleh kita simpulkan disini bahawa syukur adalah gabungan diantara perilaku hati, lisan dan angota tubuh. Hati berperanan untuk mewujudkan makrifat dan mahabbah. Lisan sebagai pencetus pujian dan sanjungan di samping angota tubuh berfungsi sebagai tenaga pelaksana ekoran rasa syukur wujud didalam hati dengan mematuhi segala perintah dan menjauhi larangan serta maksiat.


Syukur kepada Allah berkait rapat dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan kepada hamba-hambaNya. Nah! Menjadi kewajipan kita sebagai seorang hamba yang banyak menerima nikmat-nikmat dari Allah untuk bersyukur serta melahirkan rasa terima kasih kepadaNya.
Allah swt berfirman;

" Sesungguhnya jika kamu bersyukur sudah pasti kami akan tambah (nikmat) kepadamu. Dan jika kamu menginkari (nikmatku) maka sesungguhnya azab ku amat pedih"
( Surah Ibrahim. Ayat 7 )


Wallahu a'lam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan