Bismillahirrahmanirrahim
Assalmualaikum wbt. Salam mahabbah dan salam
hijrah. Kita sudah berada di penghujung tahun 1434H. Bakal memasuki tahun baru
islam 1435H. Walaupun Baginda Nabi s.a.w. telah berhijrah 1400 tahun lalu,
namun semangat penghijraan Baginda dapat dirasai sehingga ke hari ini.
Hijrahnya Baginda dari negeri kuffar ke negeri islam, dari mekkah ke madinah.
Begitulah juga yang kita inginkan, mudah-mudahan
kita sama-sama berhijrah kepada cara hidup yang lebih sempurna dengan
mengamalkan islam yang syumul dalam semua aspek kehidupan kita.. Berhujung
tahun dengan kebaikkan dan berawal tahun dengan iman. In Shaa Allah :)
Sebelum aku berhijrah
Sewaktu saya jahiliyyah dulu, saya sangat jahil
tentang ilmu agama, dan saya juga tidak mengetahui perintah dan laranganNya.
Juga tidak mengetahui cara pemakaian menutup aurat dengan sempurna.. Saya
mengakui sewaktu saya jahiliyyah dahulu saya mengenakan pemakaian yang tak
menutup aurat dengan sempurna. Sampai suatu detik saya berkata kepada diri
sendiri
" Memang saya nampak cantik dimata manusia,
tetapi saya tidak cantik dimata Allah swt. "
Hati
seperti rumah yang tiada penghuninya. Sunyi sepi rasanya...
Jangan malu menuntut ilmu
Dalam hati berkata " sampai bila aku akan
jadi begini?. Aku juga mahu menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya."
Pertama kali saya memasuki kelas pengajian
AlQuran dan ulum syariah, sebenarnya saya terlambat masuk kelas dalam 2-3 minit
macam tu. Saya masuk sahaja saya dapati semua pelajar budak-budak belaka. Saya
seorang sahaja pelajar yang besar yang tinggi disitu. saya duduk dibelakang,
budak-budak yang duduk didepan menoleh ke arah saya. Saya terus senyum dan
terdiam seribu bahasa. Tidak terdetik pun malu mahu belajar dihati saya.
Saya juga pernah mendengar orang kata. "
Saya tak mahu belajar, saya dah tua dan saya sangat malu. Apa kata orang nanti?
eh dah tua-tua mahu belajar lagi."
Jika kita terus menerus malu untuk menuntut ilmu
ketahuilah. " Tidak ada laut yang luas, lurah yang dalam, bukit yang
tinggi, dan jalan yang susah bagi orang yang mahu. Hanya orang yang malas dan
putus asa juga yang selalu tinggal dibelakang."
Baginda Nabi s.a.w pernah bersabda:
"Menuntut ilmu adalah wajib keatas tiap-tiap
muslim lelaki dan perempuan"
Nah! tidak ada petua yang lebih baik apabila kita
mahu perubahan selain daripada kita sendiri yang mengubahnya. Sekiranya kita
mahu berjaya dunia dan akhirat kita mesti menjayakan diri kita sendiri. Bukan
orang lain. Jadi belajar-belajar dan terus belajar!. Jangan malu untuk menuntut
ilmu walaupun kita dah tua ya!
Transformasikan dirimu.
Apabila berdosa. Hati terasa bersalah.. Syukurlah
itu hakikatnya satu hidayah. Itu jemputan Allah untuk segera bertaubat!.
Berhijrahlah..
Dari kegelapan menuju jalan yang terang.
Dari kejahatan kepada kebaikkan.
Dari kesesatan kepada jalan yang lurus.
Sebelum
Dari kehidupan kepada kematian.
Dari alam dunia ke alam kubur dan akhirat..
" ...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah
nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri
mereka..." (maksud surah Ar-Ra'd ayat 11)
Tujuan pendidikan yang paling tinggi bukanlah
pengetahuannya melainkan tingkah-lalu atau perbuatannya, ertinya pelaksanaan
terhadap ilmu pengetahuan yang dipelajari... Alhamdulillah Syukur kepada Allah
swt. Setelah belajar dan Saya berhijrah kearah yang lebih baik daripada
sebelumya. Sewaktu saya berumur 14 tahun, saya memakai tudung labuh pemakaian
menutup aurat. Mengerjakan perintah dan meninggalkan laranganNya.
Walaupun ada juga orang yang berkata kepada saya.
"Eh
awak ni pakai tudung labuh pemakaian menutup aurat, awak tu ustazah kah?"
"Tak nampaklah kecantikan awak kalau dah
pakai macam ni, macam orang tua je"
Ala orang yang bertudung labuh tak semestinya dia
baik"
Jawapan saya: " Allah sayangkan kita :)
Allah swt berfirman yang bermaksud: Wahai nabi! katakanlah kepada
isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukimn, "
Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka " Yang
demikain itu mereka lebih mudah dikenali, sehingga mereka tidak diganggu. Dan
Allah maha pengampun maha penyayang. (Surah Al-Ahzab ayat 59)
Percayalah lelaki yang baik, mahukan wanita yang
baik juga. Dia tak suka Perhiasan
isterinya itu kelihatan oleh semua orang.
Semua wanita itu cantik. Jika tidak manakan
wanita menjadi senjata iblis melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan
keindahan tersebut Allah kurniakan milik ekslusif wanita itu dan suaminya
sahaja. Oleh sebab itu usah dipertontonkan aurat dan perhiasan kepada umum.
Wanita yang berhijab tak semestinya akhlaknya
baik. Tapi yang berakhlak baik akan semestinya berhijab.
Nak berubah jangan tunggu lama-lama, nak berubah
terus pecut macam lari 100 meter, ingat... Allah tidak akan ubah nasib kita kalau
kita tak tolong diri kita sendiri. Sama-sama kita berusaha untuk meningkatkan
potensi diri, berfikir untuk memajukan diri, disamping berusaha untuk berbakti
kepada Agama, keluarga, bangsa dan negara!..
Transformasikan dirimu...
Inginkan perubahan perlunya keazaman, ilmu, kesabaran,
mujahadah, ikhlas semata-mata kerana Allah swt, bukan mengharapkan penghargaan
manusia. Dan yang paling penting sekali pendirian yang tetap (Istiqomah)
Jangan panas-panas tahi ayam sahaja. Sebaik-baik amalan
adalah berterusan meskipun dibuat sedikit-sedikit.
Hayati lirik lagu ini.
Satu muharam detik permulaan,
perpindahan tahun islam hijrah,
perpindahan nabi dan umat islam dari kota mekkah
ke kota madinah,
atas keyakinan dan iman yang teguh, kaum
muhajirin dan ansor bersatu,
rela berkorban, harta dan nyawa, atas menegakkan
islam tercinta...
Hijrah itu pengorbanan! Hijrah itu perjuangan!
Hijrah itu persaudaraan, Hijrah membentuk perpaduan!
Oleh itu mari semua kita sambut ma'al-Hijrah,
tingkatkan semangat tegakkan syiar islam untuk
sepanjang zaman...
In Shaa Allah.. Sama-sama kita berhijrah kearah yang lebih baik lagi.
Terima kasih kerana sudi lawat blog saya. In Shaa Allah, nanti saya follow blog awak pula ye :)
BalasPadamAssalammualaikum. mungkin awak boleh bantu saya. macam mana ya nak Paparkan senarai halaman tersendiri pada blog anda.
BalasPadamWaalaikumussalam.
PadamIn Shaa Allah, saya boleh bantu. Asalkan blog saudara itu bermanfaat :)
Boleh inbox kami di page Mutiara Cahaya.